Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tips Mengenali Selaput Dara Pasangan Anda Secara Lebih Mendalam

Kenali Ciri-ciri Selaput Dara Pasangan Anda. Tips Mengenali Selaput Dara Pasangan Anda Secara Lebih Mendalam. Extra: Petua Mencapai Nikmat Seks Sepuas-Puasnya Yang Wajib Suami Isteri Ketahui.

Tips Mengenali Selaput Dara Pasangan Anda Secara Lebih Mendalam

KENALI SELAPUT DARA PASANGAN ANDA


TIPS MENGENALI CIRI-CIRI SELAPUT DARA

Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini.

Sebagai lambang kesucian wanita, Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama. Namun begitu tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara.

Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.

Istilah gadis atau Anak Dara atau Bikir sebenarnya bermaksud sebagai wanita yang belum berkahwin. Walaupun begitu lelaki tetap mempunyai sifat keegoan. Ada yang menolak wanita yang dikahwini apabila didapati bahawa pada malam pertama berjimak isterinya telah tiada dara.

Sifat ini amat ketara dalam masyarakat Melayu zaman dahulu. Pada malam pertama suami akan dibekalkan oleh ibu si isteri dengan kain putih atau sapu tangan putih. Semasa melakukan jimak buat petama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar.

Darah ini akan dikesat dengan menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya kain itu akan diserahkan kepada ibu isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri tiada bermasalah. Si suami mempunyai zakar yang cukup tegang untuk memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkota kesuciannya sehingga pada ketika itu.

Tanda tersebut amat membanggakan kedua belah keluarga pengantin. Pada masa sekarang adat ini tidak dipraktikan lagi. Banyak atau sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas.

Mungkin Dara terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena ini kerana tiada tanda khusus yang dapat dikenal dan kalau pun ada cuma dari segi kesakitan isteri.

Namun ia hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan isteri. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan. Maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan bukanlah merupakan syarat yang sebenar.

Extra: Posisi Seks Kegemaran Isteri Di Malaysia Yang Suami Wajib Tahu.
Extra: Tips Mengenali Selaput Dara Pasangan Anda Secara Lebih Mendalam.
Extra: Petua Mencapai Nikmat Seks Sepuas-Puasnya Yang Wajib Suami Isteri Ketahui.
Extra: Teknik Melakukan Seks Yang Super Power Bagi Pasangan Sudah Berkahwin.

rePublish Info Berita Viral MalaysiaTIPS MENGENALI SELAPUT DARA PASANGAN ANDA SECARA LEBIH MENDALAM Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Puaka News yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tips Mengenali Selaput Dara Pasangan Anda Secara Lebih Mendalam Reviewed by malaysiaisme on 7:26 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.