Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

4 GAMBAR : HASIL LUKISAN MENGGUNAKAN LIDAH





4 GAMBAR : Hasil Lukisan Menggunakan Lidah - Seorang pelukis di China, menghasilkan karya lukisannya dengan menggunakan pacainderanya iaitu melukis menggunakan lidahnya sendiri. Inilah keunikan seorang lelaki China yang lebih dikenali dengan nama Han Xiaoming berusia 35 tahun.



Beliau menggunakan pewarna makanan yang ditambah gula sahaja. Han mendapat idea itu ketika cuba melukis menggunakan cara tradisional Lukisan Gula Cina.



Seni yang dihasilkan berabad lama dengan menggunakan gula cair itu menghasilkan lukisan naga, monyet, ikan, anjing, burung dan bunga.



Kadangkala ketika separu jalan melukis dan berasa lapar, warna yang digunakan untuk melukis turut dimakan, katanya menerusi cerita laman web Oddity Central.



Dia begitu menyukai teknik peliknya itu kerana rasa gula itu terlalu sedap sehingga membuatkan dia tiak lagi melukis menggunakan berus lukisan.



Hasil dari karya lukisan lidahnya mendapat pujian dari seluruh negara China, dan ketika ini dia mengembara ke seluruh negara membuat persembahan teknik lukisannya itu.



Dalam satu persembahannya di Hangzhou City di wilayah Zhejiang, dia mencelupkan lidahnya di dalam gula pewarna makanan kemudian melukis. Dia berjaya menyiapkan dua lukisan dalam masa 40 minit dan lukisan itu dijual kepada penonton.























4 GAMBAR : HASIL LUKISAN MENGGUNAKAN LIDAH originally from Berita Jalanan Online


4 GAMBAR : HASIL LUKISAN MENGGUNAKAN LIDAH Reviewed by malaysiaisme on 9:34 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.