Fitnah Pengurus DAP Johor ''Ubah Solat Jumaat Kepada Solat Ahad.''
Sinar - Nama Pengurus DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dipalit kontroversi apabila sebuah bloh mengakibatkannya sebagai individu bertanggungjawab dalam isu "Cina Johor arah Melayu Ubah Solat Jumaat Kepada Solat Ahad".
Blog tersebut mengaitkan nama Cheng Hau kononnya turut memberi arahan kepada sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mengambil kira pandangan kepada rakyat Cina Johor dan sektor swasta berhubungan pertukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu.
Beliau juga menyelar tindakan penulis Bloh berkenaan yang menuduhnya dengan isu sensitif khususnya soal agama yang disifatkan sebagai melampau.
"Benar saya ada memberi pandangan berhubungan pertukaran cuti dengan niat untuk melancarkan pelaksanaannya bagaimanapun tidak sekali menyentuh isu solat Jumaat, jauh sekali mencadangkan supaya ia ditukar kepada 'Solat Ahad'.
"Sebelum ini saya memberi cadangan supaya pertukaran cuti hujung minggu di negara ini diselaraskan kepada semua faktor swasta, namun tindakan mengaitkan saya dengan isu agama islam adalah "Fitnah" melampau dan berniat jahat," katanya, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas tidak berpuas hati berikutan tindakan penulis blog itu memfitnahnya.
Cheng Hua yang juga Adun Skudai memeklumkan hanya mengetahui fitnah yang mengaitkan dirinya di blog berkenaan yang turut disebarkan di media sosial melalui aplikasi 'WhatsApp' oleh seorang kenalan pada 6 Desimber lalu.
"Ketika itu saya sedang berada di klinik, sejurus dimaklumkan saya terus membuka blog berkenaan, saya kemudiannya mencetak artikel tersebut sebelum membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Universiti selang empat hari kemudian.
"Apabila saya membaca keseluruhan kandungan artikel terbabit, saya berasa amat tidak berpuas hati apabila penulisnya membuat fitnah terhadap saya berkaitan hal Agama, malah gambar saya turut dimuat naik di dalam bloh itu," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan pendapat Cheng Hua berhubungan isu pertukaran cuti jumaat dan Sabtu.
Katanya, penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan membari kesan kepada aspek ekonomi negeri ini khasnya pembangunan Wilayah Iskandar yang sedang pesat membangun pada masa kini.
"Pendirian DAP Johor, kami akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas skonomi Johor kerana negara kita sedang bersaing dengan Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Singapura dari segi pelaburan.
"Pelbagai urusan ekspot dan import dijalankan memerlukan kerjasama daripada sektor kerajaan dan swasta seperti kastam dan eksais serta imigresen," katnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Johor Bahru Utara, Asisten Komunakasi dan Multimedia (SKMM) untuk siasatan lanjut.'' Katanya.
Fitnah Pengurus DAP Johor ''Ubah Solat Jumaat Kepada Solat Ahad.'' originally from Berita Jalanan Online
Fitnah Pengurus DAP Johor ''Ubah Solat Jumaat Kepada Solat Ahad.''
Reviewed by malaysiaisme
on
5:39 PM
Rating:
No comments: