Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Isteri Main Kayu Tiga Terbongkar.





Baru-baru ini hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isterinya manjalani hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Klang Lama, di sini.



Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula bertemu pertengahan 2010 diketahui suaminya baru-baru ini melalui laman sosial facebook milik isterinya sebelum cuba bertanya keadaan sebenar sehinggah mereka bertengkar.



Menurut sumber polis, lelaki berusiah 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.



Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di balai polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isterinya.



"Suami terbabit tidak menyangkakan isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih dari 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.



"Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki "kekasih gelap" itu walaupun banyak rintangan dihadapi," katanya.



Selepas mendengar pengakuan isterinya, suami tersebut membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki tersebut.



Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah.






Isteri Main Kayu Tiga Terbongkar. originally from Berita Jalanan Online


Isteri Main Kayu Tiga Terbongkar. Reviewed by malaysiaisme on 2:24 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.