Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kisah menarik bagaimana Fara Fauzana mula bertudung

Kisah menarik bagaimana Fara Fauzana mula bertudung - Saya fikir tak ramai yang tahu kisah bagaimana Selebriti dan penyampai radio Fara Fauzana mula bertudung.



Jika anda merupakan peserta Konvensyen The Bidadari 2014, anda mungkin tahu sedikit sebanyak kisah bagaimana mulanya Fara Fauzana bertudung sebab personaliti ini ada berkongsi kisahnya di dalam Program The Bidadari 2014.



Dalam konvensyen tersebut, Fara Fauzana berkongsi cerita mengenai tanggapan masyarakat, keluarga dan kawan-kawan apabila dia mula memakai hijab penuh.



Turut sama selebriti lain berkongsi cerita dan pengalaman mereka saat mula bertudung adalah Mizz Nina, Ummi Nazeera dan Natasha Hudson.



Paling menarik ialah bagaimana mahu transformasi dalam soal pergaulan apabila sebelum bertudung menjadi seorang muslimah yang kini berhijab.



Banyak tips diberikan untuk hadapi sangka buruk masyarakat, terutama sekali yang melihatkan apa yang dilakukan oleh mereka sekadar ikut trend dan bukannya kerana niat ikhlas untuk Allah S.W.T.



Berhijab adalah untuk menjaga kemuliaan seorang wanita. Berhijab adalah untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan harga diri seorang wanita.



Ia bukan menyekat kebebasan seorang wanita untuk berjaya, tetapi ia merupakan landasan betul untuk kecapi kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.



Saya kongsikan sedikit video The Bidadari 2014, kisah bagaimana Fara Fauzana mula bertudung, dan apakah harapan dia dengan penghijrahan ini.



Dia ceritakan bagaimana reaksi awal keluarganya terhadap dirinya bila mengenakan hijab. Fara Fauzana juga ceritakan mengenai perbezaan ketara dalam hubunganya sesama rakan apabila dia telah bertudung.








Saya secara jujurnya mendoakan segala kebaikan buat mereka, selebriti yang telah diberikan ruang untuk berhijrah menjadi lebih baik dari sebelumnya.



Setiap orang ada peluang diberikan oleh Allah S.W.T untuk berubah menjadi lebih baik, hanya kita sahaja samada mahu merebut peluang itu atau tidak. Jika kita tahu ia akan memberikan segala kebaikan dunia akhirat, pasti peluang itu akan dirembat.






p/s : Video, gambar dan tulisan artikel milik penuh BLOG HASRULHASSAN






Kisah menarik bagaimana Fara Fauzana mula bertudung originally from PORUMAN


Kisah menarik bagaimana Fara Fauzana mula bertudung Reviewed by malaysiaisme on 8:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.