Luahan sedih Kamal Adli amat menyentuh hati
Sekeping gambar menunjukkan Kamal Adli yang masih menyimpan foto Intan Ladyana sehingga hari ini dalam dompetnya mendapat perhatian dan ramai yang menyarankan supaya jejaka itu terus menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan apa yang berlaku.
Pastinya pihak media dan juga para peminat ingin mengetahui reaksi Intan Ladyana terhadap foto tersebut. Berikut merupakan jawapan pelakon itu kepada portal Murai.
"Saya sebenarnya tidak mahu panjangkan lagi isu ini kerana hubungan kami memang dah berakhir dan tiada apa lagi yang boleh saya komen. Saya rasa baik saya diamkan diri sahaja, jika tidak isu ini tidak akan berakhir," ujar Intan Ladyana.
Memetik kenyataan Kamal Adli baru baru ini, beliau sendiri mempunyai banyak persoalan yang masih belum terjawab dari pihak Intan Ladyana.
“Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tidak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa.
"Tapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja," ujar Kamal Adli - PORTAL ROTIKAYA.

Luahan sedih Kamal Adli amat menyentuh hati originally from PORUMAN
Luahan sedih Kamal Adli amat menyentuh hati
Reviewed by malaysiaisme
on
1:18 AM
Rating:
No comments: