Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang Diculik Berjaya Melarikan diri
JOHOR BAHARU — Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.
“Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu,” katanya hari ini.
Bernama difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.
Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.
Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.
“Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kata beliau. — BERNAMA
Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang Diculik Berjaya Melarikan diri originally from kisah kita
Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang Diculik Berjaya Melarikan diri
Reviewed by malaysiaisme
on
11:06 PM
Rating:
No comments: