Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

BUKU REKOD MALAYSIA - KASUT TERBESAR PERTAMA DI MALAYSIA





Kehadiran kasut gergasi berwarna Merah Jambu di pintu masuk Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menjadi tanda pringatan kepada semua pelawat mengenai cabaran yang dihadapi pesakit kanser payudara.



Kanser Payudara, barah paling kerap dihadapi wanita di Malaysia iaitu satu daripada 19 wanita berisiko untuk mendapat penyakit bahaya ini. Jesteru pihak hospital berkenaan melancarkan kempen kesedaran kanser Payudara yang unik. #PinkMove-Walk In Her Shoes.



Ketua pegawai Eksekutif Gleneagles Kuala Lumpur Datuk Amir Firdaus Abdullah Berkata, pihaknya percaya kempen berkenaan mampu memberi kesan kepada orang ramai dalam menghayati perjuangan pesakit kanser payudara.



" Apabila seorang wanita disahkan menghidap penyakit ini, dia berhadapan dengan perjalanan sukar dalam hidup yang membabitkan fizikal dan mental termasuk perubahan emosi dari semasa ke semasa.



Secara simboliknya, kempen ini mencerminkan pengalman hidup diri pesakit itu sendiri. Pihak hospital juga berbesar hati apabila replika kasut gergasi kempen ini diiktiraf sebagai ''Sepatu Replika Terbesar Oleh Buku Rekod Malaysia (MBOR)," katanya.



Beliau berharap pengiktirafan itu akan menyemarakkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit ini. Pada masa sama, ia juga menjadi tanda sokongan kepada pesakit kanser payudara.



Pihak hospital akan terus menganjurkan pelbagai insiatif kempen kesedaran kanser payudara di samping mengumpul sokongan daripada orang ramai.



Pereka kasut terulung, Datuk Jimmy Choo yang hadir pada majlis pelancaran berkata, kasut yang dipakai dapat mencerminkan keperibadian dimiliki wanita itu sendiri.





"Ia umpama melihat sebuah jendela diri. Saya sudah bergelumang dengan pembuatan dan rekaan kasut sejak sekian lama dan tahu bagaimana sepasang kasut dapat mencerminkan diri seseorang wanita.

Jestru saya sangat berbanga dapat menyokong insiatif ini kerana ia melambangkan perjalanan pengalaman pesakit kanser payudara katanya.



Universiti Taylor antara lokasi rasmi kempen itu bagi menyemarakkan sokongan dengan mengadakan demostrasi pemeriksaan sendiri payudara oleh 25 pelajar jurusan pelajar perubatan sepanjang oktober lalu.

ia membabitkan semua fakulti dan pelajar, pada masa sama mereka turut mengedarkan belon merah jambu dan buku kecil yang mengandungi panduan pemeriksaan sendiri kepada orang ramai. #PinkMovie.



Kempen ini dilaksanakan di beberapa lokasi dan orang ramai diberi peluang mengambil gambar dengan memakai 15 koleksi kasut merah jambu yang disediakan. Mereka juga boleh membeli foto polaroid dengan harga RM25 setiap satu dan semua kutipan hasil jualan disalurkan kepada badan organisasi kanser payudara.



Untuk terus mendekati orang ramai, hospital berkenaan menganjurkan cabaran #PinkMovieChallange dengan menggalakkan sesiapa sahaja mengambil gambar semasa memakai kasut merah jambu.




















BUKU REKOD MALAYSIA - KASUT TERBESAR PERTAMA DI MALAYSIA originally from Berita Jalanan Online


BUKU REKOD MALAYSIA - KASUT TERBESAR PERTAMA DI MALAYSIA Reviewed by malaysiaisme on 2:54 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.