Mamat Khalid sound Zizan Razak dan Emma Maembong
"Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
" Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini," kata pengarah filem terkenal, Mamat Khalid.
Mamat ditemui media bagi mendapatkan penjelasannya berhubung ketidakhadiran dua bintang utama filem terbarunya, Werewolf Dari Bangladesh iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong di acara pratonton di Cathay e Curve, Damansara, di sini, malam tadi.
Mamat berkata, dia baru dimaklumkan pihak produksi mengenai ketidak hadiran pelakon itu pada acara tayangan berkenaan.
"Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan di aplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebayak promosi bagi filem ini.
"Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya," katanya.

Menurut Mamat , apa yang pasti dia melihat situasi industri perfileman dulu dan sekarang jauh berbeza.
"Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing.
"Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka.
" Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka," katanya.
Filem yang turut dibintangi pelakon lain seperti Usop Wilcha dan Saiful Apek itu akan menemui penonton di pawagam pada 5 Mac ini.

Sumber : Harian Metro
Mamat Khalid sound Zizan Razak dan Emma Maembong originally from PORUMAN
Mamat Khalid sound Zizan Razak dan Emma Maembong
Reviewed by malaysiaisme
on
10:01 AM
Rating:
No comments: