Yana Samsudin dedah sikap kekasihnya Fadzil Zahari
Jumaat ini aktres Yana Samsudin, 31, bakal bergelar isteri kepada produser filem, pelakon dan penulis skrip, Fadzil Zahari, 32. Fadzil adalah adik kepada pelakon Farid Kamil.
Majlis pernikahan akan diadakan selepas solat Jumaat di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor. Ia akan diikuti dengan majlis persandingan pasangan itu keesokan harinya di Dataran Gemilang Yong Peng.
Yana yang sempat dihubungi BH Online di tengah-tengah kesibukannya membuat persiapan saat akhir sebelum bergelar ratu sehari, menyifatkan bakal suaminya itu sebagai lelaki yang cukup memahami dan penyabar.
"Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.
"Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama," katanya.

Begitupun, ketika ini Yana belum dapat menetapkan lagi berapa dulang hantaran yang akan diberi serta diterimanya daripada bakal suami. Yana tanpa berselindung mengakui keputusan berkahwin itu terjadi pada saat akhir.
Aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2013) berkata, dia terkejut apabila Fadzil menghantar rombongan meminang pada 14 Disember lalu. Ketika itu dia sibuk dengan persiapan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3.
"Jadi tak sampai tiga bulan untuk saya mempersiapkan diri sebagai isteri termasuk membuat persiapan kahwin. Tapi Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Di sebalik kelancaran itu biasalah kalau ada masalah itu ini, termasuk proses menguruskan borang nikah.
"Jujurnya kami nak buat majlis kecil-kecilan dan serba ringkas saja. Kami nak buat majlis ala kampung. Fadzil pun orang Kedah dan saya nak dia rasa cara majlis kahwin orang Johor yang pengantinnya kena berarak selain ada upacara pencak silat.
"Tapi perancangan biasa itu sudah jadi tak biasa lagi. Asalnya kami cetak 700 saja kad undangan kahwin tetapi nampak gayanya kena jemput lebih ramai. Insya-Allah majlis bertandang akan diadakan di Jitra pada 7 Mac depan," katanya.
Yana mula mengenali Fadzil pada 2009. Sebelum menghantar rombongan meminang pada 14 Disember lalu, Fadzil dan keluarganya pernah datang merisik pada 16 September 2010.
Ketika itu Fadzil main redah saja datang rumah keluarga Yana. Kebetulan masa itu masih dalam mood berhari raya. Masa itu, keluarganya datang ingin mengetahui status Yana sama ada sudah dimiliki atau masih solo. Bapa Yana katakan kepada mereka dia masih solo.
Ketika itu mereka terus berteman baik. Namun, nak kata istilah bercinta atau pasangan kekasih pun tidak juga. Cukup untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain, tambah Yana.
"Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil.
"Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum," katanya yang tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun menunggu lama seterusnya menghantar rombongan meminang Disember lalu.

Sumber asal : Berita Harian
Yana Samsudin dedah sikap kekasihnya Fadzil Zahari originally from PORUMAN
Yana Samsudin dedah sikap kekasihnya Fadzil Zahari
Reviewed by malaysiaisme
on
3:30 PM
Rating:
No comments: