2 Gambar terakhir Harun Salim Bachik sebelum meninggal dunia yang amat menyayat hati
Pelawak terkenal Harun Salim Bachik menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di tandas kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS Bukit Merah, Semanggol, Perak pada petang Ahad.
Berita ini turut disahkan beberapa rakan terapat Allahyarham menerusi laman sosial.
Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim mula dikenali melalui lakonan dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan TV3 pada awal tahun 90-an.
Selepas Rumah Kedai, Allahyarham terlibat dalam sitkom bersiri Gado-Gado yang ditayangkan di TV1, sekaligus menjadi batu loncatan untuknya terbabit dalam dunia lakonan sebagai pelakon lawak.
Kerjaya lakonan Allahyarham kian memberansangkan selepas terlibat dalam filem-filem yang mendapat sambutan hangat penonton Malaysia antaranya Man Laksa, Baik Punya Cilok, Papadom dan Apa Kata Hati.
Artikel berkaitan : Punca sebenar Harun Salim Bachik meninggal dunia amat menyayat hati
Rata-rata peminat seni tanah air turut mengenang Allahyarham sebagai kawan rapat pengarah dan pelawak Afdlin Shauki, terutama selepas mereka berganding membentuk Kumpulan Boboi pada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2011.
Allahyarham yang merupakan bekas Presiden Seniman juga mempunyai suara yang baik dan pernah bergelar penyanyi serta menghasilkan satu album pada tahun 1996 berjudulBelilah yang menampilkan lagu hit ketika itu, Banjir.
Sumber : Gossipanas
2 Gambar terakhir Harun Salim Bachik sebelum meninggal dunia yang amat menyayat hati originally from PORUMAN
2 Gambar terakhir Harun Salim Bachik sebelum meninggal dunia yang amat menyayat hati
Reviewed by malaysiaisme
on
8:31 PM
Rating:
No comments: