GEMPAR!! Monorel Terbakar di Stesen Monorel Titiwangsa...
Dalam kejadian pertama kira-kira 9 pagi, sebuah monorel terbakar di bahagian tayar di Stesen Monorel Titiwangsa di sini.
Manakala kejadian kedua pula berlaku beberapa minit kemudian melibatkan sebuah monorel terkandas di antara Stesen Monorel Jalan Imbi dengan Stesen Monorel Bukit Bintang hingga menyebabkan terdapat penumpang pengsan.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman ketika dihubungi mengesahkan berkaitan kedua-dua kejadian itu dan pihaknya telah dikejarkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku kesesakan lalu lintas berlaku kira-kira dua kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Jalan Tun Razak kerana kerja memadam kebakaran di Stesen Monorel Titiwangsa. - UTUSAN ONLINE.
GEMPAR!! Monorel Terbakar di Stesen Monorel Titiwangsa... originally from kisah kita
GEMPAR!! Monorel Terbakar di Stesen Monorel Titiwangsa...
Reviewed by malaysiaisme
on
12:05 PM
Rating:
No comments: