Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kisah Suami Yang Merindui Leteran Isterinya yang Sakit Dan Terlantar Di Hospital

Seorang lelaki isterinya sakit dan terbaring di hospital. Semoga Allah beri kesembuhan kepadanya.

Sambil sedih dia bercerita pada saya, rindu nak dengar isteri saya membebel ustaz. Betul lah sebenarnya dengar bebelan itu pun nikmat…







Betul lah, dalam gembira ada sedih..dalam sedih ada gembira..itulah kehidupan.

Pernah dengar seorang ustazah cerita sambil mengalir air mata. Katanya dulu selalu stres dan marah sebab anak-anak bising dan tiada waktu rehat. Bermain, menjerit, melompat,menyepah…hari ini bila anak masuk asrama tinggal berdua dengan suami. Sedih sebab sunyi rumah rasanya…



Bila bangun tidur bersyukur melihat isteri yang kuat membebel kerana jika tidak pasti sunyi rumah. Isteri bangun tidur lihat suami yang suka berdengkur kuat masih ada di sisi syukur kerana masih ada suami…ia juga satu nikmat Allah.



Tengok anak-anak bermain syukur sebab itu tandanya sihat. Cuba masa anak sakit. Tak bercakap. Baring jer..kita risau pula. Kasihan anak ku…tak larat nak buat apa-apa..



Itulah kehidupan ini. Bila nikmat itu sudah tiada baru kita merasainya. Tidak salah untuk melaluinya dengan sedih atau gembira. Tapi jadilah hati yang melihat siapa yang beri semua ini..



Hargailah hidup ini. Setiap waktu ini ialah amanah dan nikmat dari Allah. Orang yang mencintai Allah. Hadir dalam solat dan zikir. Mereka lalui hidup ini dengan menyedari dan merasai nikmat udara, matahari, kesihatan…malahan merasai nikmat ketika diuji dengan kesusahan. Nikmat supaya tidak lalai, menangis di depannya kerana ketidakmampuan, dan supaya tidak sombong dan lupa diri. Ramai orang yang bila tiada kesedihan atau kesusahan mudah lupa siapa dan apa tujuan hidup ini- ebit lew





Kisah Suami Yang Merindui Leteran Isterinya yang Sakit Dan Terlantar Di Hospital originally from kisah kita


Kisah Suami Yang Merindui Leteran Isterinya yang Sakit Dan Terlantar Di Hospital Reviewed by malaysiaisme on 8:32 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.