Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Respon balas Wak Doyok isu komen kurang senonoh kepada Kilafairy

Mengakui serik dengan apa yang dilakukannya terhadap komen yang ditinggalkan di Instagram Kilafairy, Wak Doyok akur dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, menurut Wak, apa yang dilakukannya itu hanyalah gurauan semata-mata.



“Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain. Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar”



“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat saya terima teguran orang dengan hati terbuka,”
katanya kepada Harian Metro menjawab kecaman gila seks yang diberikan kepadanya akibat dari isu tersebut.



Selain itu, dalam masa yang sama, Wak Doyok sendiri mengakui bahawa dia perlu berhati-hati dalam melakukan apa saja perkara di media sosial sambil menjelaskan bahawa dia bukanlah menyatakan perkara yang berbaur lucah.



Tidak pasal-pasal terlekat label gila seks pada figura fesyen ini. Apa-apa pun, Wak sudah dapat pengajaran dan harapnya perkara yang sama tidak berulang lagi dan mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain di luar sana.



Baca lanjut dari sumber asal : Rotikaya









Respon balas Wak Doyok isu komen kurang senonoh kepada Kilafairy originally from PORUMAN


Respon balas Wak Doyok isu komen kurang senonoh kepada Kilafairy Reviewed by malaysiaisme on 2:24 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.