Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita

Pekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita

Pekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita

Yuwafee Haidi Hamdan
KUALA LANGAT 19 Jun – Seorang pekerja bengkel berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datuk di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya yang merupakan seorang janda pada hujung bulan lalu.

Yuwafee Haidi Hamdan didakwa membunuh Normaizatul Nor Jaya, 22, di bawah jambatan di Jalan Lombong, Sungai Jarum, Banting di sini kira-kira pukul 4 pagi, 29 Mei lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Saravanan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Marsilawati Mohammad Shah.

Mahkamah turut menetapkan 23 Julai ini sebutan semula kes berkenaan.

Semalam, polis menahan seorang lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kematian Normaizatul yang merupakan seorang pekerja hotel di Cyberjaya.

Penahanan tertuduh itu dibuat selepas ibu kepada mangsa membuat laporan mengenai kehilangan anaknya setelah keluar bersama teman lelaki yang berusia 26 tahun. - Utusan

rePublish Berita Terkini MalaysiaPekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita Reviewed by malaysiaisme on 7:05 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.