Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Phahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati'

Phahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati'

Phahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati'


SHAH ALAM - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau menaruh keyakinan bahawa parti baharu yang digerakan oleh persatuannya akan bersinar dan mampu menjadi parti yang kuat.

Katanya, ini kerana konsep parti baharu itu sesuai dengan konsep dinamik yang berlaku di negara ini.
"Konsep parti baharu ini adalah lebih bersifat sederhana, ia terbuka kepada semua kaum di negara ini.
"Saya yakin ia sebuah parti yang kuat," katanya ketika sidang media Pasma di Shah Alam semalam.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita adakah parti baharu itu akan senasib seperti parti-parti serpihan lain, Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) misalnya, Phahrolrazi berkata 'ia mungkin tidak akan terjadi'.
"Berjasa Pro BN, berbeza dengan parti baharu ini, ia Pro PR,itu lain berbeza..jadi bila parti yang  Pro BN ini, BN hanya hendak perlalat parti baharu sebab itu parti itu tidak boleh hidup , kita lain kita nak jadi satu komponen yang aktif ," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah faktor-faktor yang akan mengagalkan penubuhan parti itu, Phahrolrazi berkata setakat ini tiada petanda merujuk kepada perkara itu.
"Saya rasa tiada faktor yang akan menggagalkannya," katanya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaPhahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati' Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Phahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati' Reviewed by malaysiaisme on 11:54 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.