Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo'

Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo'

Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo'

Perwakilan Pemuda PAS Johor membangkitkan isu walak (taat setia) yang didakwanya diamalkan secara terpilih dalam parti Islam itu.

Syafiq Aziz mempersoalkan mengapa terdapat segelintir ahli yang hanya walak kepada individu tertentu tetapi tidak kepada pemimpin sayap kanan parti itu Suhaizan Kaiat.


"Mutakhir ini timbul masalah tarbiah contohnya yang berlaku ialah walak yang terpilih. Kita tak walak pada keputusan parti tetapi kita boleh walak pada individu tertentu.

"Sebagai contoh, kita semua dalam dewan muktamar ini bersetuju untuk walak kepada presiden, tetapi kenapa dalam konteks Pemuda, kita tidak walak kepada ketua pemuda dan saf pimpinannya hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar ketua pemuda di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.

Kenyataan yang dibuat Syafiq itu mendapat "boo" dari pemerhati serta perwakilan sehingga menyebabkan Timbalan Pengerusi Tetap Dr Ridhuan Mohd Noor meminta supaya semua orang bertenang.

"Bertenang," kata Ridhuan.

Suhaizan dicabar anak ikon ulama PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sepenggal mengemudi dewan itu, beliau dilihat berdepan cabaran besar mempertahankannya kali ini susulan kebangkitan arus besar kumpulan proulama dalam PAS. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaTuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo' Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo' Reviewed by malaysiaisme on 2:02 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.