Haram wakil rakyat PAS sertai GHB nikmati elaun, gaji, kata Haron Din

Wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti Islam itu, kata Datuk Dr Haron Din.
Mursyidul am PAS itu berkata, ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
"Saya menasihatkan pihak yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah itu kerana mereka berbaiah dengan Allah.
"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi dalam baiah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran baiah," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Semalam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.
Katanya, akuan bersumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.
"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah. - TMI
Kamu hancurkan PR, kamu pecahkan PAS. Rakyat tidak pilih kamu. Kumpulan kamulah yang tidak layak menikmati gaji dan elaun.

rePublish Berita Terkini MalaysiaHaram wakil rakyat PAS sertai GHB nikmati elaun, gaji, kata Haron Din Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Haram wakil rakyat PAS sertai GHB nikmati elaun, gaji, kata Haron Din
Reviewed by malaysiaisme
on
10:58 AM
Rating:
No comments: