'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH'
'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH'
SHAH ALAM - Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan Adun dan Ahli Parlimen daripada parti itu, agar tidak melanggar bai’ah yang pernah dibuat mereka semasa bersama Pas.
Muhammad Zawawi berkata, apabila wakil rakyat melafazkan bai’ah mereka berjanji dengan nama ALLAH. Justeru katanya, jika pelanggaran dibuat maka padah yang diterima amat besar.
“Kepada sesiapa yang hendak bertanding atas nama Pas dia mesti berjanji di hadapan saf kepimpinan.
“….Mereka berbai’ah janji dengan ALLAH jadi jangan sesekali mereka ini langgar bai’ah (perjanjian) ini kerana besar padahnya, dalam sejarah Islam ini tiada siapa yang selamat (orang yang melanggar bai’ah ini ).
"Dia kena ingat, dia berbai’ah berjanji itu terikat hukum dengan ALLAH kalau dia mengkhianati apa semua sekali dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat sekalian… orang beriman,” katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut, Nik Zawawi berkata dalam sejarah perjuangan Pas, orang yang cuba keluar parti mereka telah mengalami kesukaran di dunia lagi.
“Saya boleh tengok macam mana kedudukan mereka seperti tidak dihormati. Kadang-kala individu ini berdepan kesusahan.
“Ini kerana bila mereka langgar perjanjian, segala mahluk yang boleh melaknat, akan melaknat....termasuk ALLAH dan para malaikat. Lebih daripada itu di hari akhirat kelak pelanggaran itu adalah satu perkara yang besar,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Muhammad Zawawi berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan parti lain adalah haram bagi mereka menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket Pas.
Ini kerana katanya, semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
“Hasil kewangan yang mereka peroleh daripada tiket Pas adalah haram bagi dia, dan ahli Pas tidak akan reda sama sekali dia makan walau lima sen daripada harta yang dia peroleh dari atas nama Pas,” katanya.
Kenyataan sama turut dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang berkata, wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Harapan Baru haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.
"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.
"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," beliau dipetik sebagai berkata. - SH
PAS yang mengkhianati rakyat dan sudah jelas PAS sudah tidak lagi dihormati. Nampak tanda siapa yang langgar bai'ah.
rePublish Berita Terkini Malaysia'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH' Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH'
Reviewed by malaysiaisme
on
4:36 AM
Rating:
No comments: