Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian

Kes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian

Kes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian

Keadaan sebuah kereta yang remuk selepas terbabas di KM12 Lebuhraya Damansara-Puchong pagi tadi, menyebabkan seorang lelaki maut. Kemalangan sepanjang musim Hari Raya terus meningkat, menurut perangkaan polis. – Gambar Twitter Bomba, 19 Julai, 2015.
Sebanyak 12,383 kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan 203 kematian direkodkan sehingga hari kedua Aidilfitri semalam, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada 10 Julai lepas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata angka  itu mencatatkan peningkatan berbanding 11,277 kemalangan dan 185 kematian sehingga hari pertama Aidilfitri pada Jumaat.

“Daripada 203 kes kematian yang direkodkan sehingga 18 Julai, sebahagian besar melibatkan motosikal iaitu 123 kes diikuti 51 kes membabitkan kereta," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Johor merupakan negeri yang mencatat kematian jalan raya paling tinggi dengan 36 kes diikuti Selangor (29), Pahang (21) manakala Perak dan Kelantan berkongsi jumlah sama iaitu sebanyak 19 kes.

Selain itu, sebanyak 76 kes direkodkan di jalan persekutuan, 56 kes di jalan negeri, 26 kes di lebuh raya, 23 kes di jalan bandar, dan 22 di jalan-jalan lain.

Fuad berkata sebanyak 123,190 saman juga dikeluarkan polis setakat ini yang membabitkan 61,940 kes memandu melebihi had laju, 2,781 kes memotong barisan dan 958 kes menyalahgunakan lorong kecemasan. – Bernama

Seperti berlaku peperangan di jalan raya. Ubahlah strategi demi menjaga nyawa rakyat. Tidak perlulah rakyat menunggu kerajaaan yang baharu untuk melakukan perubahan dalam isu menangani 'kegawatan' ini.

rePublish Berita Terkini MalaysiaKes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian Reviewed by malaysiaisme on 9:36 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.