Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Menteri baharu janji pikul amanah

Menteri baharu janji pikul amanah

Menteri baharu janji pikul amanah

KUALA LUMPUR - Tujuh menteri baharu dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, berikrar menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
 

Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan); Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia); Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).
 
Perkhidmatan mereka berkuat kuasa esok.
 
Dalam reaksinya, Mahdzir mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan beliau melantiknya menyandang jawatan Menteri Pendidikan.
 
Mahdzir yang juga bekas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, jawatan itu merupakan amanah besar kerana sektor pendidikan merupakan tunjang untuk mencapai negara maju.    
 
"(Saya) berazam memastikan sektor pendidikan di negara ini lebih ke hadapan dan berharap mendapat sokongan padu daripada semua pihak dalam menjalankan tugas yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
 
Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah dan Ahli Parlimen Padang Terap mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang pula menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah sesuatu yang mengejutkan.
 
Katanya, beliau mengetahui tentang pelantikannya itu menerusi radio.
 
"Saya terperanjat dengan berita itu tetapi berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi keyakinan kepada saya untuk menyertai barisan kabinet baharu ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Azalina yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berharap pelantikannya itu dapat memberi kekuatan kepada barisan Kabinet baharu dan kerajaan BN.
 
Sebelum ini, Azalina pernah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan pada 2008 hingga 2009 dan Menteri Belia dan Sukan pada 2004. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaMenteri baharu janji pikul amanah Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Menteri baharu janji pikul amanah Reviewed by malaysiaisme on 8:58 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.