Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP

Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP

Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan kesediaanya memberi penerangan kepada anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) berhubung agenda politik DAP, lapor Sinar Harian.
Bekas setiausaha agung PAS itu berkata, amaran diberikan kepada GHB supaya mereka tidak terperangkap dengan agenda DAP memandangkan segelintir mereka dilihat sudah menjadi "burung kakak tua" mengikut gaya politik parti sekular itu.

Menurut Mustafa, beliau bimbang pemimpin GHB akan meninggalkan agenda hudud apabila bersama DAP yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

"Yang menjadi pertikaian antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal hudud sebab DAP merasakan dia boleh menguasai pengundi Cina sekarang.

"Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mustafa turut mengingatkan GHB supaya mempertimbangkan semula dan berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan menubuhkan parti baharu.

"Sebab itu saya minta mereka fikir panjang dan buat perhitungan yang benar-benar matang dalam mengambil tindakan yang mereka hendak buat," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menolak desakan segelintir pemimpin PAS yang meminta ahli kumpulan GHB meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana beranggapan mereka sepatutnya diberi peluang.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pemimpin tersebut menyertai parti baharu, secara rasminya keahlian mereka dalam PAS akan terbatal.

"Kalau sudah keluar PAS tubuh parti baharu dan lawan PAS, saya juga akan lawan mereka," katanya.  - TMI

PAS sendiri sudah terperangkap dengan agenda UmnoBN.

rePublish Berita Terkini MalaysiaMustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP Reviewed by malaysiaisme on 10:21 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.