Pas sudah tidak relevan lagi
Pas sudah tidak relevan lagi
KEPALA BATAS - Parti Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.
Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini hari ini.
Beliau berkata Gerakan Harapan Baru akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.
Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.
"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya. - Bernama
GHB perlu tunjukkan akhlak yang baik (tidak menyerang) terhadap PAS walaupun sebaliknya.

rePublish Berita Terkini MalaysiaPas sudah tidak relevan lagi Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pas sudah tidak relevan lagi
Reviewed by malaysiaisme
on
9:14 PM
Rating:
No comments: