Rombakan kabinet strategi Najib – MB Kelantan
Rombakan kabinet strategi Najib – MB Kelantan
KOTA BHARU, 28 Julai:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berpendapat penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin disebabkan ada krisis kepimpinan dalam UMNO dan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata keadaan itu mungkin menyebabkan berlaku sebagaimana tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas timbalannya sendiri.
“Saya sebenarnya tidak dapat menyelami hakikat sebenar yang berlaku…isu-isu yang berlaku dalam Kerajaan Pusat.
“Jadi bagi saya memang ada krisis dalam kepimpinan sekarang. Saya tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana bukan perkara di dalam parti kita (PAS),” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di JKR 10, hari ini.
Mengulas mengenai perlantikan dua orang timbalan menteri dari Kelantan, Ahmad Yakob menyatakan itu terpulanglah kepada Kerajaan Pusat.
Mengenai perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mengantikan Muhyiddin, beliau menjelaskan Kerajaan Pusat pimpinan Najib mungkin mempunyai strategi tersendiri.
“Di segi politiknya saya perlu merujuk kepada Lujnah Politik PAS sebab perkara yang berlaku bukan isu dalaman PAS.
“Bagi pihak kerajaan (pusat) mereka sudah tentu melihat ada kebaikan kepada mereka,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut. - TRPost
rePublish Berita Terkini MalaysiaRombakan kabinet strategi Najib – MB Kelantan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Rombakan kabinet strategi Najib – MB Kelantan
Reviewed by malaysiaisme
on
9:35 PM
Rating:
No comments: