Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

TIPS PENTING PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU SEMPENA RAYA DARIPADA PAKAR KECANTIKAN

TIPS PENTING PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU SEMPENA RAYA DARIPADA PAKAR KECANTIKAN

TIPS PENTING PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU SEMPENA RAYA DARIPADA PAKAR KECANTIKAN



SEDIKIT PERKONGSIAN MENGENAI PADANAN WARNA TUDUNG BAJU SEMPENA RAYA

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudunguntuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan.

Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung ..mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.

1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.

2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.

3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.

5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.

6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.

7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.

8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.

9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.

WARNA TUDUNG DIPADANKAN DENGAN BAJU

1. Warna pastel untuk semua salah pilih warna pastel, kita akan kelihatan ‘jengkel’ dengan apa jua pakaian yang digayakan.

2. Bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. Wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. Elakkan warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.

3. Bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. Ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Warna merah jambu akan membuat wajah bertambah pucat.

4. Kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. Elakkan warna kelabu dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANAFAAT

rePublish Info Berita Viral MalaysiaTIPS PENTING PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU SEMPENA RAYA DARIPADA PAKAR KECANTIKAN Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Puaka News yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
TIPS PENTING PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU SEMPENA RAYA DARIPADA PAKAR KECANTIKAN Reviewed by malaysiaisme on 1:52 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.