Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Amalan biasa simpan wang dalam akaun parti

Amalan biasa simpan wang dalam akaun parti

Amalan biasa simpan wang dalam akaun parti

KUALA LUMPUR - Menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ya, (amalan biasa) dalam mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Oval Damansara di sini, hari ini ketika ditanya mengenai sumbangan derma dalam akaun amanah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Umno.

Beliau berkata, pihak yang membuat dakwaan berhubung amalan ini hanya cuba untuk melemahkan Umno.

Tengku Adnan berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan presiden Umno itu cuma "permainan politik untuk melemahkan parti".

"Umno ialah parti berusia 69 tahun dengan 3.7 juta anggota yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan masih berdiri teguh.

"Kami tahu bahawa sesetengah pihak mahu kami gagal. Kami akan memastikan bahawa, apa sahaja yang patut dilakukan, kami akan melakukannya dengan betul, demi negara dan melakukannya untuk masa depan negara kita," katanya. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaAmalan biasa simpan wang dalam akaun parti Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Amalan biasa simpan wang dalam akaun parti Reviewed by malaysiaisme on 11:04 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.