Azmin optimis peralihan kerajaan berlaku sebelum hujung tahun

Mohamed Azmin Ali percaya pertukaran kerajaan melalui jalan demokrasi dapat direalisasikan sebelum hujung tahun ini dengan mendapat sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Menteri besar Selangor itu berkata, sehubungan itu, ahli Parlimen BN perlu mempunyai keberanian melakukan perubahan selepas ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak memuaskan.
"Pada ketika ini Pakatan Rakyat (PR) ada 88 ahli Parlimen, kita hanya memerlukan kira-kira 30, Insya Allah sebelum hujung tahun ini, kita akan melihat satu perubahan dan ini dibenarkan dalam sistem demokrasi.
"Di bawah kepimpinan sekarang, negara berada dalam kapal yang lemah. Kita tengok nilai ringgit kita sekarang. Kita tengok tahap keyakinan, ini akan menghancurkan negara.
"Sebab itu saya mengajak ahli Parlimen Umno dan BN untuk bersama-sama PR membawa perubahan," katanya ketika ditemui media di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. - TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaAzmin optimis peralihan kerajaan berlaku sebelum hujung tahun Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Azmin optimis peralihan kerajaan berlaku sebelum hujung tahun
Reviewed by malaysiaisme
on
12:18 PM
Rating:
No comments: