Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

'Kami bersuara demi rakyat' - TMJ

'Kami bersuara demi rakyat' - TMJ

'Kami bersuara demi rakyat' - TMJ


TMJJOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kelantangannya bersama ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam pelbagai isu demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, beliau kecewa apabila nasihat kepada pemimpin supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat tidak diterima, sebaliknya mengarahkan pihak tertentu untuk melakukan ‘serangan’ seolah-olah telah mencabar kerajaan.

“Baru-baru ini, ada yang telah memaklumkan kepada saya bahawa ada pihak tertentu yang telah diarahkan untuk ‘menyerang’ saya dan ayahanda saya, berikutan sifat kami yang vokal dalam pelbagai isu.

“Saya amat sedih melihat sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi sehingga melihat saya dan ayahanda saya seolah-olah mencabar kerajaan.

“Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai Sultan dan saya sebagai Tunku Mahkota hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Tunku Ismail turut mengingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak menimbulkan isu berkenaan dirinya dan ayahandanya semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu-isu yang lebih  menekan rakyat.

Menurutnya, daripada terus bertelagah sesama sendiri adalah lebih baik berusaha mencari jalan penyelesaian mengatasi permasalahan negara yang semakin meruncing.

“Jangan kami dijadikan kambing hitam, sedangkan keadaan semasa terus melarat.

“Daripada hendak serang-menyerang antara satu sama lain, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara.
- sinarharian

rePublish Kisah Semasa Malaysia'Kami bersuara demi rakyat' - TMJ Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik kisah kita yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
'Kami bersuara demi rakyat' - TMJ Reviewed by malaysiaisme on 1:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.