Pesanan Azmin untuk Ketua Polis Negara
Pesanan Azmin untuk Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR - "Kami berhimpun kerana sayangkan anak-anak Malaysia termasuk anak polis". Demikian pesanan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini.
Menurut Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu, peserta yang terlibat Bersih tidak mempunyai kepentingan lain melainkan untuk menyelamatkan anak-anak Malaysia daripada perasuah dan perompak.
"Kita nak beritahu polis tersebut, kita nak beritahu ketua polis negara, dengar baik-baik.
"Wahai KBAB (Twitter Khalid, @KBAB51), kami berhimpun kerana kami sayang anak kami. Kita sayang anak-anak Malaysia, kita nak selamatkan mereka.
"Kita tidak ada kepentingan lain melainkan selamat(kan) anak Malaysia termasuk anak polis dan keluarga polis daripada perasuah dan perompak," katanya ketika berucap di hadapan peserta Bersih 4.0 di kompleks beli belah, Sogo.
Melalui ucapan sama, Azmin sempat menyindir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berhubung pengharaman baju Bersih yang berwarna kuning, semalam.
"Kita lihat timbalan perdana menteri yang baharu mendapat jawatan, dengan baju warna kuning pun takut, nombor empat pun takut. Inilah jenis TPM yang ada dalam negara kita.
"Inilah masalah negara kita pada hari ini. Kita dipimpin oleh mereka yang tidak ada maruah, yang tidak amanah," katanya.
Tegasnya, negara hari ini sedang berdepan dengan suasana ekonomi yang parah.
"Nilai ringgit sudah merudum. Ringgit sudah tidak ada nilai sebab Putrajaya sudah tidak ada nilai. Kita kena bangkit, humban mereka daripada Putrajaya.
"Saya ucapkan tahniah kepada semua. Jangan takut, jangan gentar. Selepas ini kita akan bergerak secara aman. Nampaknya pihak polis pun berkawal dengan baik sebabnya (mereka) tahu, inilah minggu terakhir Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) dan Rosmah (isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor) di Putrajaya," katanya. - SH
rePublish Berita Terkini MalaysiaPesanan Azmin untuk Ketua Polis Negara Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pesanan Azmin untuk Ketua Polis Negara
Reviewed by malaysiaisme
on
7:02 PM
Rating:
No comments: