Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

CHONG WEI KECUNDANG LAGI DI TANGAN LIN DAN DI TERBUKA JEPUN

CHONG WEI KECUNDANG LAGI DI TANGAN LIN DAN DI TERBUKA JEPUN

CHONG WEI KECUNDANG LAGI DI TANGAN LIN DAN DI TERBUKA JEPUN



APA SUDAH JADI??

Pertembungan dua musuh ketat sekali lagi berpihak kepada bintang China, Lin Dan yang menundukkan jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk kali ke-25 daripada 34 pertemuan mereka pada pusingan kedua kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun semalam.

Lin Dan hanya memerlukan 47 minit untuk mengetepikan Chong Wei 21-17, 21-10 dalam pertarungan antara dua bekas pemain No. 1 dunia di Gimnasium Metropolitan, Tokyo.


Ini adalah kekalahan kelima berturut-turut diterima Chong Wei kepada juara dunia lima kali itu, sekali gus tidak membantunya dalam usaha memperbaiki ranking dunia daripada kedudukan ke-28 ketika ini.

Cabaran Malaysia pada kejohanan bernilai AS$275,000 (RM1.189 juta) itu kini digalas sendirian oleh beregu lelaki utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

V Shem-Wee Kiong berada di landasan terbaik untuk mencari kejayaan sulung mereka di pentas antarabangsa selepas mengesahkan tempat di suku akhir dengan menumpaskan gandingan bukan pilihan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 22-20, 21-16 dalam tempoh 63 minit.

See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/chong-wei-kalah-lagi-kepada-lin-dan-1.134362#sthash.cOrE5rLC.dpuf

rePublish Info Berita Viral MalaysiaCHONG WEI KECUNDANG LAGI DI TANGAN LIN DAN DI TERBUKA JEPUN Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Puaka News yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
CHONG WEI KECUNDANG LAGI DI TANGAN LIN DAN DI TERBUKA JEPUN Reviewed by malaysiaisme on 9:21 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.