'Janganlah burukkan lagi keadaan', kata pembantu Rosmah

Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta kepada semua pihak supaya tidak memburukkan lagi keadaan.
Rizal berkata demikian ekoran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Hamid Bador yang mendakwa Rosmah turut hadir dalam "mesyuarat tergempar" yang diadakan berkaitan pertukarannya.
Selain itu, ketika ditanya sama ada Rosmah menghadiri "mesyuarat tergempar" seperti yang didakwa, Rizal (gambar) berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sekiranya mesyuarat itu wujud.
"Saya tak tahu betul atau tidak, adanya mesyuarat itu. Saya tak tahu.
"Saya tak boleh mengesahkan adanya mesyuarat itu, dan kemudian sama ada Datin Seri hadir atau tidak. Come on, dia seorang suri rumah, takkan dia nak hadir.
"Janganlah nak burukkan lagi keadaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Semalam, Abdul Hamid bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya dari Cawangan Khas ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibuat dalam "mesyuarat tergempar" yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hamid turut mendakwa, selain Najib dan Zahid, turut serta dalam mesyuarat itu ialah Rosmah dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain. - Mkini

rePublish Berita Terkini Malaysia'Janganlah burukkan lagi keadaan', kata pembantu Rosmah Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
'Janganlah burukkan lagi keadaan', kata pembantu Rosmah
Reviewed by malaysiaisme
on
11:14 AM
Rating:
No comments: