Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kes Morais selesai, polis tak tolak unsur dendam

Kes Morais selesai, polis tak tolak unsur dendam

Kes Morais selesai, polis tak tolak unsur dendam

SUBANG JAYA - Polis hari ini mengklasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, motif pembunuhan Morais itu ada kaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam.

Pada sidang media tadi, Mohmad memberitahu, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun.

Polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama.

Menurutnya lagi, polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais.

Terdahulu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terikat di dalam guni dan bersimen di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah mayat Morais.

Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaKes Morais selesai, polis tak tolak unsur dendam Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kes Morais selesai, polis tak tolak unsur dendam Reviewed by malaysiaisme on 1:46 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.