Kevin Zahri Risau Bila AF2015 Payah Nak Kuruskan Badan Dalam Akademi Fantasia
Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri meluahkan rasa gusar terhadap keadaan diri #BilaAF2015 yang dilihat agak sukar untuk menurunkan berat badan, sepanjang dia berada di dalam Akademi Fantasia.
Ia disebabkan penyediaan pelbagai jenis makanan menyelerakan yang ditaja syarikat korporat di dalam akademi tersebut sehingga mampu membuatkan seseorang itu terbantut untuk menjalani diet yang seimbang.
Bagaimanapun, Kevin yakin Bila mampu mengurangkan berat badannya setelah tamat pengajian di progam realiti itu dengan bantuan daripada tenaga pakar.
“Saya mohon jangan salah anggap dengan pendapat saya mengenai Bila. Saya memahami situasi dalam akademi yang dilimpahi pelbagai jenis makanan serta juadah yang enak.
“Saya juga difahamkan, ada juga pelajar yag naik berat badan dek kerana ‘too much eat’. Tetapi bagi saya, setiap orang ada cara dan pendirian masing-masing.
“Untuk mengurangkan berat badan itu, tidak boleh turun dalam masa yang singkat. Ia memerlukan komitmen, displin serta kemahuan yang tinggi untuk mencapai BMI yang ideal,” kata Kevin kepada portal Murai.com.my.
Kevin yang ditemui media di majlis memperkenalkan wajah baharu Astro Bella dan program Jom Kurus Cabaran 30 Hari di ibu negara turut memberi komen mengenai trend anak muda yang taksub untuk membina otot badan.
“Nasihat saya kepada setiap individu yang mahu membina otot yang kekar dan sado, anda perlulah mengutamakan kepentingan kesihatan diri terlebih dahulu. Kebanyakan pusat fitness di Malaysia lebih menumpukan kepada pembinaan otot badan berbanding aspek kesihatan.
“Yang paling penting, setiap individu itu haruslah bebas daripada menghidap penyakit merbahaya seperti kencing manis, jantung dan darah tinggi,” katanya.
Menyentuh mengenai program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari, sebanyak 12 orang peserta wanita telah dipilih untuk mencabar diri masing-masing untuk mengurangkan berat badan dalam masa 30 hari yang ditetapkan.
Peserta-peserta tersebut dipilih berdasarkan tahap ketahanan fizikal dan mental, bacaan BMI melebih 25, memiliki kelebihan personaliti dan sihat tubuh badan.
Setiap minggu seorang peserta akan disingkirkan untuk meraih hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM 20,000, sebuah trofi dan hadiah menarik yang lain.
Program ini akan ditayangkan bermula pada 4 Oktober depan di Astro Bella dan Astro Mustika.
murai
Kevin Zahri Risau Bila AF2015 Payah Nak Kuruskan Badan Dalam Akademi Fantasia originally from kisah kita
Kevin Zahri Risau Bila AF2015 Payah Nak Kuruskan Badan Dalam Akademi Fantasia
Reviewed by malaysiaisme
on
3:36 PM
Rating:
No comments: