Khir Toyo dihukum penjara setahun, harta disita

Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berenaan.
Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.
“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.
Zulkefli berkata Dr Khir sebagai penjawat awam menyalahgunakan kedudukannya untuk mengambil hartanah tanpa pertimbangan secukupnya.
Dr Khir boleh memohon mendapatkan pengampunan daripada Sultan Selangor.
Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dr Khir selepas panel hakim mengekalkan sabitan yang dibuat mahkamah rendah.
Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 5 hakim berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu.
“Semua perkara dalam pertuduhan sudah dibuktikan, termasuk sama ada beliau penjawat awam atau tidak,” katanya ketika menyampaikan keputusan.
Dr Khir tenang ketika penghakiman hukuman dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak dengan ahli keluarga, penyokong dan media.
Beliau akan menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Dr Khir sebelum ini diikat jamin RM750,000 sehingga rayuannya selesai.
Shafee ketika ditemui wartawan berkata Dr Khir mungkin kehilangan pencennya sebagai bekas menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.
Undang-undang menyatakan mana-mana wakil rakyat atau bekas wakil rakyat yang didenda RM2,000, atau dipenjarakan minimum 12 bulan akan hilang ganjaran mereka.
Shafee berkata pengampunan adalah satu pilihan tetapi pihak pembelaan sedang melihat kemungkinan lain yang masih belum boleh didedahkan.
Difahamkan pilihan lain ialah memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berasaskan kepada ketidakadilan kepada tertuduh.
“Kami terkejut dengan sabitan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana kami mengharapkan beliau dibebaskan. Kami juga berharap hukuman lebih ringan selepas mahkamah ini pada minggu lalu mengekalkan sabitan,” katanya.
Shafee berkata, beliau diarahkan anak guamnya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap akhbar The Sun kerana menyiarkan 2 artikel bertujuan mempengaruhi hakim.
Dalam penghakiman hari ini, Zulkefli berkata rasuah dalam apa juga cara dan bentuk tidak boleh diterima dan denda saja tidak akan memberikan pengajaran.
“Begitu juga khidmat masyarakat. Dalam apa juga keadaan, khidmat masyarakat hanya pilihan dalam kes membabitkan pesalah muda dan tidak terpakai kepada perayu (Dr Khir),” katanya.
Hakim berkata, penjara adalah hukuman yang tepat dan sesuai walaupun pihak pendakwa tidak merayu untuk hukuman lebih berat. – TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaKhir Toyo dihukum penjara setahun, harta disita Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Khir Toyo dihukum penjara setahun, harta disita
Reviewed by malaysiaisme
on
10:58 PM
Rating:
No comments: