Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Mahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis

Mahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis

Mahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penahanan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dianggap lucu dan kabur.


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan dan hujah yang diberikan Khalid mengenai penahanan Khairuddin tidak berlandaskan prinsip undang-undang di Malaysia.
Malah, dalam kenyataannya, Mahfuz mendakwa, Khalid gagal memberi kenyataan khusus berhubung peruntukan undang-undang yang telah dilanggar Khairuddin.

"Alasan dan hujah kabur dan umum yang diberikan oleh ketua polis negara ini jelas sama sekali tidak berlandaskan prinsip undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia bahkan juga saling tak tumpah dengan hujah-hujah yang biasa kita dengar dari ahli-ahli politik Umno.

"Alasan kononnya tindakan Khairuddin membuat aduan tersebut boleh mengundang campur tangan asing juga satu alasan yang sangat melucukan.

"Malaysia sendiri melalui PDRM pernah meminta kerjasama Interpol (polis antarabangsa) untuk menahan orang yang melakukan kesalahan di Malaysia yang berada di luar negara," kata Mahfuz.
Beliau memberi beberapa contoh kes antaranya penangkapan peguam Kamal Hisham oleh pihak polis Singapura dan siasatan terhadap Yazid Shufaat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Sehubungan itu, beliau berkata, selain daripada melakukan penangkapan terhadap Khairuddin, pihak polis seharusnya melakukan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Ketua Cawangan Khas Datuk Hamid Bador terlebih dahulu.
Petunjuk di Mekah
Perkara itu, tambah Mahfuz, berhubung isu berkaitan 1MDB serta pembatalan pemindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Saya menegaskan bahawa selaku ahli parlimen saya berkewajipan untuk menegur dan menyatakan pendirian demi kemaslahatan rakyat dan negara Malaysia keseluruhannya atas prinsip amar maaruf dan nahi munkar.

"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar ketua polis negara diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik untuk beribadat di Mekah dan agar diberikan petunjuk dan ilham oleh Allah untuk melaksanakan tugas dengan penuh keberanian, amanah, bertanggungjawab serta adil dan saksama," ujarnya lagi.

Khalid sebelum berkata tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.
Menurut Khalid, tindakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jelas mencabar sistem perundangan serta kredibiliti agensi penguatkuasaan tempatan.

Khairuddin pada Jumaat minggu lalu ditangkap polis dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.

Ia dipercayai berikutan tindakan suami kepada pelakon Umi Aida itu yang membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB.

Beliau bagaimanapun kini ditahan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma kerana disyaki melakukan aktiviti mengkhianati negara.

Melalui Sosma polis boleh menahan seseorang sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi sebarang tuduhan. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaMahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Mahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis Reviewed by malaysiaisme on 7:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.