Pergh mewah giler JAM tu! Che Ta hadiahkan jam tangan RM18,000 untuk hari lahir Ammar Effendy?
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia membeli jam tangan tersebut dengan harga paling rendah selain melihat rekaannya sesuai dengan seorang remaja seusia anaknya.
"Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja.
"Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa," katanya kepada mStar Online dalam satu kiriman mesej pada Selasa.
Berdasarkan semakan mStar Online, jam tangan rekaan Bruno Belamich kelahiran Switzerland itu berharga antara RM18,000 hingga RM50,000.
Sebelum ini Ammar mendapat hadiah kereta mewah BMW kerana pencapaian terbaiknya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Majlis ulang tahun kelahiran Ammar telah diadakan di Restoran Hampshire Place dekat sini.
Difahamkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat aktres itu hadir.
Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak dapat menggambarkan Ammar akhirnya sudah menjadi lelaki dewasa selepas melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan anaknya itu serta seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra, 17.
"Hampir 20 tahun, tidaklah sekejap mana sebab macam-macam peristiwa yang dilalui seiring dengan pembesaran anak-anak.
"Cuma kadang-kadang hati terdetik: "Ooo dah besar anak kita..."ujarnya.

Salah satu contoh jam tangan jenama Bell & Ross
Dalam pada itu kata Che Ta, sebagai seorang ibu yang sibuk dengan kerja, dia tidak boleh mengabaikan anak-anak yang sedang menempuh alam dewasa.
"Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup.
"Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata," tuturnya.
Mengenai Ammar, dia kini sedang menuntut di Universiti HELP di sini mengambil jurusan Ekonomi.
Rozita juga mempunyai seorang anak perempuan, Aaishah Dhia Rana yang kini berusia 11 bulan, hasil perkahwinannya dengan aktor Zain Saidin.

Pergh mewah giler JAM tu! Che Ta hadiahkan jam tangan RM18,000 untuk hari lahir Ammar Effendy? originally from PORUMAN
Pergh mewah giler JAM tu! Che Ta hadiahkan jam tangan RM18,000 untuk hari lahir Ammar Effendy?
Reviewed by malaysiaisme
on
10:12 AM
Rating:
pergh...mahalnya jam
ReplyDelete