Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ribuan bewarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini

Ribuan bewarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini

Ribuan bewarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini

Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir.

Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ribu ahli sehingga hujung tahun ini.

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.

"Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia.  Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Nasution Ismail. - TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaRibuan bewarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ribuan bewarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini Reviewed by malaysiaisme on 11:19 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.