9 Mati, Lelaki Bersenjata Lepaskan Tembakan Di Kampus Kolej

ROSEBURG (Oregon): Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kolej komuniti di selatan Oregon pada Khamis, membunuh sembilan orang dan mencederakan tujuh yang lain.
Lelaki itu kemudiannya ditembak mati oleh polis, kata pihak berkuasa dalam kes terkini pembunuhan besar-besaran melibatkan kampus di Amerika.
Gabenor Kate Brown berkata, suspek, lelaki berusia 20 tahun terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Dewan Snyder di Umpqua Community College di Roseburg selepas kejadian amuk kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan.
Lelaki bersenjata itu masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa, yang berkata mereka masih menyiasat motif kejadian.
CNN melaporkan bahawa tiga pistol dan senapang milik suspek telah ditemui di tempat kejadian.
Pembunuhan beramai-ramai itu adalah yang terbaru di AS dalam siri tembakan beramai-ramai di kampus kolej, pawagam, pengkalan tentera dan gereja pada tahun-tahun kebelakangan ini dan menyebabkan kematian dengan kejadian terkini berlaku di sebuah gereja South Carolina yang mengorbankan sembilan nyawa pada Jun lalu.
Pembunuhan telah mendorong permintaan kawalan lebih ketat terhadap senjata api di Amerika Syarikat.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang bercakap hanya beberapa jam selepas kejadian amuk itu berkata, pembunuhan beramai-ramai harus menggerakkan rakyat Amerika untuk menuntut kawalan senjata api yang lebih besar daripada pegawai yang dipilih.
"Entah bagaimana, ia telah menjadi rutin," kata Obama yang kelihatan marah.
"Laporan seperti ini menjadi rutin. Jawapan saya di sini, di podium ini, berakhir sebagai rutin," katanya. - Mstar

rePublish Berita Terkini Malaysia9 Mati, Lelaki Bersenjata Lepaskan Tembakan Di Kampus Kolej Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
9 Mati, Lelaki Bersenjata Lepaskan Tembakan Di Kampus Kolej
Reviewed by malaysiaisme
on
11:40 AM
Rating:
No comments: