Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU

Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU

Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU

Ummu Jah
ALOR SETAR – Ramai bekas pengikut kumpulan al-Arqam yang diharamkan mula memenuhi ruang menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakannya mula menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan pada Sabtu.

Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak (brain death) dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Menurut sumber, keadaan Ummu Jah kini masih tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan keadaan Ummu Jah berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

Ummu Jah sebelum ini berada hampir empat bulan di Australia atas urusan kerja dan bertemu bekas pengikut kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital di sana. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaBekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU Reviewed by malaysiaisme on 5:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.