Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar milik Umno Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar RM200,000 bersama faedah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng juga memerintahkan Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selaku defendan membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk, masing-masing sebanyak RM100,000 kepada Anwar selaku plaintif.

Mahkamah juga memerintahkan kos guaman sebanyak RM8,000 dibayar oleh defendan.

Saman itu berhubung dua artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) mengenai undang-undang homoseksual.

Hue ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati artikel yang diterbitkan defendan dibuat dengan berniat jahat dan defendan telah gagal membuktikan pembelaan justifikasi dalam kes saman itu.

Beliau juga menolak usaha peguam Utusan, Firoz Hussein Ahmad yang mahu menimbulkan kesalahan terdahulu Anwar.

Peguam Anwar, N Surendran berkata penghakiman hari ini membuktikan bahawa akhbar milik Umno itu mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

“Vindikasi tunjukkan Datuk Seri Anwar difitnah Utusan Malaysia yang diketahui dimiliki sepenuhnya oleh Umno.

“Mereka masih mengulangi kes-kes seperti ini. Kita harap ini satu pengajaran. Ini bukan cara akhbar yang bertanggungjawab,”katanya kepada wartawan di luar mahkmah.

Pada 21 Januari 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membenarkan tuntutan saman Anwar dengan memutuskan dua artikel yang diterbitkan Utusan Melayu pada 17 Januari 2012 berhubung temu bual Anwar dengan BBC, adalah fitnah.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 10 Jan 2012 bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel di muka depan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 17 Jan tahun sama, berhubung temu bual beliau dengan BBC.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin Muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaMahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000 Reviewed by malaysiaisme on 7:21 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.