Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pas belum nyata pendirian usul tak percaya Najib

Pas belum nyata pendirian usul tak percaya Najib

Pas belum nyata pendirian usul tak percaya Najib

KOTA BHARU - Pas  belum menyatakan secara jelas sama ada mahu menyokong atau menolak sekiranya usul  undi tidak percaya dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang parlimen bermula 26 Oktober ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya ingin melihat dahulu usul tersebut sebelum membuat ketetapan.

“Kita tunggu dan lihat  apa yang kewajarannya, pernah  usul ini  beberapa tahun lalu dibawa,”katanya semasa  sidang media selepas Program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Program itu dikatakan berjaya mengumpul lebiH 100 ribu penyokong dari seluruh negara.

Sementara itu, Hadi ketika ditanya adakah wajar usul itu itu dibawa, Ahli Parlimen Marang itu berkata, “kita lihat hujah mereka”

Dalam perkembangan lain,  beliau berkata, Pas  tidak menolak kemungkinan  akan menambah bilangan calon sama ada di peringkat Dun dan Parlimen dalam PRU 14.

“ Kita akan tambah kerusi dan tambah kemenangan,”katanya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaPas belum nyata pendirian usul tak percaya Najib Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pas belum nyata pendirian usul tak percaya Najib Reviewed by malaysiaisme on 3:58 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.