Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ummu Jah meninggal dunia malam tadi

Ummu Jah meninggal dunia malam tadi

Ummu Jah meninggal dunia malam tadi

JITRA - Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata, Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar.

Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd  GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan stroke.

Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober  lalu dijangka disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman,  di sini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

Pada 9 November 2013, Hatijah atau dikenali Ummu Jah bersama 300 pengikut GISB melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau melafazkan taubat dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat dihadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.
al-Fatihah

S Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaUmmu Jah meninggal dunia malam tadi Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ummu Jah meninggal dunia malam tadi Reviewed by malaysiaisme on 1:23 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.