Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Sudah 3 bulan anak gadis dilarikan lelaki

Sudah 3 bulan anak gadis dilarikan lelaki

Sudah 3 bulan anak gadis dilarikan lelaki

Kuala Lumpur: “Saya mengesyaki anak gadis remaja saya yang hilang dari rumah sejak lebih tiga bulan lalu dilarikan lelaki tidak dikenali,” kata Minsadi Nawi, 56, berhubung kehilangan anaknya, Siti Nurdiana, 16.

Menurutnya, anak gadisnya yang masih bersekolah itu didapati hilang sejak 24 Julai lalu selepas meninggalkan rumah di Kampung Sungai Serai Tambahan, Hulu Langat, Selangor.

“Kami hanya sedar Nurdiana melarikan diri selepas tidak pulang ke rumah sehingga jam 9 malam. Kami cuba menghubunginya melalui telefon bimbit, tetapi tidak berhasil.

“Malah, kami juga bertanyakan kepada rakan-rakan sekolahnya, namun mereka memaklumkan tidak mengetahui di mana Nurdiana berada,” katanya ketika ditemui.

Minsadi turut memaklumkan anaknya itu pernah menghilangkan diri sebanyak dua kali, tetapi tidak pernah dalam tempoh masa lama.

Jelasnya, anaknya kali pertama menghilangkan diri pada Januari lalu selama empat hari kerana mengikut rakan.

“Saya mengesyaki anak saya itu lari mengikuti teman lelaki. Pelbagai usaha sudah kami lakukan untuk mencarinya kerana bimbang keselamatan diri serta pelajarannya akan terjejas.

“Namun usaha mencari Nurdiana masih menemui jalan buntu. Malah kesihatan isteri saya turut terjejas akibat risaukan nasib Nurdiana,’ katanya.

Dia merayu orang ramai yang mempunyai maklumat supaya memaklumkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 012-6703058. - Hmetro

rePublish Berita Terkini MalaysiaSudah 3 bulan anak gadis dilarikan lelaki Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Sudah 3 bulan anak gadis dilarikan lelaki Reviewed by malaysiaisme on 1:03 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.