Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

“Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah..." - Azian Mazwan

Walaupun tidak tercalon sebagai finalis Gegar Vaganza 2 (GV2), Azian Mazwan Sapuwan akan terus bekerja sebagai pekerja awam dan juga menyanyi seperti biasa.

Bagaimanapun, karier nyanyian itu perlu mendapat izin daripada suami dan anak-anak agar kehidupan keluarganya tidak terabai.

“Bertahan selama 8 minggu dalam pertandingan ini, saya dah raih pelbagai pengalaman yang cukup bermakna bersama dengan semua peserta.

“Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Perasaan tersingkir ini sudah lama saya bersedia setelah 2 minggu berada di bottom 2.

“Jadi, untuk persembahan saya dengan lagu Sedalamnya Mana Cintamu, saya dah lakukan sehabis daya agar penonton semua terhibur,”
kata Azian kepada portal Murai.com.my


Dalam pada itu, Azian juga mengulas mengenai anugerah yang diterimanya baru-baru ini. Anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan dan kecemerlangannya dalam kerja-kerja yang telah dilakukan.

“Anugerah ini terbahagi kepada 2, satu untuk wanita dan satu lagi untuk lelaki. Ia juga antara penyuntik semangat untuk diri saya agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

“Dengan kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sekerja, peminat dan penonton setia GV2 yang sangat ‘supportive’,”
katanya.

Sumber: Murai


“Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah..." - Azian Mazwan originally from Dalam Kasih

“Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah..." - Azian Mazwan Reviewed by malaysiaisme on 7:49 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.