Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Amanah parti dalam beg poli, segar tapi berkembang dalam bekas saja

Amanah parti dalam beg poli, segar tapi berkembang dalam bekas saja

Amanah parti dalam beg poli, segar tapi berkembang dalam bekas saja

Pas Kelantan mengibaratkan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti parti dalam `beg poli’ yang bercambah selepas diberikan baja dan sentiasa dijirus.

Bagaimanapun, Amanah dianggap tidak akan ke mana-mana kerana hanya berada di dalam ‘bekasnya’ sahaja walaupun segar.

Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob secara berseloroh mengatakan Amanah adalah sebuah parti yang baru bercambah dan Pas akan melihat setakat mana kekuatannya.

“Pas adalah sebuah parti yang sudah lama…sudah rasai pelbagai cabaran dan gelombang besar.

“Amanah ini saya lihat seperti benih yang baru bercambah…banyak diberikan baja, jirus air dengan banyak supaya nampak segar tetapi hanya di dalam ‘polybag’ sahaja,” katanya.

Difahamkan, Amanah yang ditubuhkan oleh bekas ahli dan pemimpin Pas termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang kini Presiden Amanah dikatakan sedang giat mengumpul keahlian dan Kelantan adalah antara negeri yang mempunyai keahlian tertinggi.

Konflik antara Pas dan Amanah semakin meruncing apabila Amanah yang sebelum ini menyatakan tidak akan menganggu Kelantan membuat pusingan `U’ apabila Mat Sabu secara tiba-tiba memberitahu Amanah mungkin akan mengambil alih pemerintahan di Kelantan dan menggantikan Pas.

Ketegangan semakin kuat apabila penubuhan Pakatan Harapan dengan peranan Amanah dilihat sebagai penganti Pas dalam pakatan pembangkang itu tidak berfungsi seperti mana kerjasama pakatan sebelum ini iaitu Pakatan Rakyat.

Pada masa sama, Pas juga dikatakan melihat seolah-olah Amanah hanyalah `anak didik’ kepada musuh ketatnya iaitu DAP.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah. - TRPost

rePublish Berita Terkini MalaysiaAmanah parti dalam beg poli, segar tapi berkembang dalam bekas saja Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Amanah parti dalam beg poli, segar tapi berkembang dalam bekas saja Reviewed by malaysiaisme on 12:52 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.