Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Iskandar: Pemimpin tiada hak maafkan Umno

Iskandar: Pemimpin tiada hak maafkan Umno

Iskandar: Pemimpin tiada hak maafkan Umno

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad sekali lagi membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini.
Persoalan itu timbul ekoran cakap-cakap yang mengatakan parti Islam itu akan menjalin kerjasama dengan Umno.
Iskandar berkata, kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan.
Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.
"Siapa yang boleh memaafkan kesalahan Umno? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.
"Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali," kata Iskandar dalam satu kenyataan.
ADUN Chempaka itu turut menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh Umno antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang.
"Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno," kata Iskandar tanpa menyebut nama mana-mana pihak.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.
Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan Umno. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaIskandar: Pemimpin tiada hak maafkan Umno Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Iskandar: Pemimpin tiada hak maafkan Umno Reviewed by malaysiaisme on 2:37 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.