Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Lobi disimbah cat, Hospital Damai lapor polis

Lobi disimbah cat, Hospital Damai lapor polis

Lobi disimbah cat, Hospital Damai lapor polis

SHAH ALAM - Pintu masuk Damai Services Hopital (Melawati) Sdn Bhd disimbah cat putih oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia hospital terbabit, Regina Sundram kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua lelaki yang menunggang motosikal dipercayai melemparkan dua bungkus cat putih di dua pintu masuk lobi dan pintu kecemasan bangunan tersebut.

Menurut Regina, kejadian itu berlaku dengan pantas, tidak sampai seminit sebelum mereka melarikan diri.

“Melalui CCTV (kamera litar tertutup) hospital, tidak nampak dengan jelas nombor plat motosikal terbabit,” katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Melawati oleh pengawal keselamatan hospital.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan diskriminasi yang didakwa berlaku terhadap jururawat, Naziah Sauni Mamar yang diberhentikan oleh pihak hospital kerana memakai baju lenggan panjang dan tudung. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaLobi disimbah cat, Hospital Damai lapor polis Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Lobi disimbah cat, Hospital Damai lapor polis Reviewed by malaysiaisme on 1:28 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.