Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Bekas Isteri Eizlan Yusof Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Zizan Razak

Bekas Isteri Eizlan Yusof Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Zizan Razak

Bekas Isteri Eizlan Yusof Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Zizan Razak

 30 1 0 33

Henti fitnah saya bercinta dengan Zizan – Vie Shanti

 | January 24, 2016
Vie Shanti berharap laporan bahawa beliau bercinta dengan Zizan dihentikan segera
zizan
PETALING JAYA: Bekas isteri pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun menafikan dakwaan bahawa dia sedang bercinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Vie Shanti membuat kenyataannya itu di laman Instagramnya selepas dikaitkan dengan Zizan.
Dia juga meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita itu yang disifatkan sebagai fitnah.
“Salam..Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.
“Buat masa ini saya sibuk menguruskan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian hal remeh temeh sebegini.
“Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan ke atas diri saya,” katanya.
Mengulas lanjut, Vie Shanti berkata, beliau hanya mengenali Zizan sebagai rakan, yang mana pelawak itu juga adalah rakan kepada adik lelakinya.
Sehubungan itu, beliau memohon agar dakwaan yang dianggap fitnah itu dihentikan segera.
“Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.
“Saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hati para penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah,” katanya

FMT.

rePublish Kisah Semasa MalaysiaBekas Isteri Eizlan Yusof Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Zizan Razak Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Dzariff Rayyan yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Bekas Isteri Eizlan Yusof Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Zizan Razak Reviewed by malaysiaisme on 7:15 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.