Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Istana Kedah tak tolak 3 nama MB baharu, kata Najib

Istana Kedah tak tolak 3 nama MB baharu, kata Najib

Istana Kedah tak tolak 3 nama MB baharu, kata Najib

Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima baik senarai 3 nama calon menteri besar baharu tanpa adanya penolakan, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tanpa menyatakan senarai nama calon tersebut, Najib berkata, keputusan tentang siapakah yang bakal menggantikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diumumkan kemudian.

"Tidak betul, nanti saya maklumkan tidak ada penolakan. Majlis itu berjalan dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider ketiga-tiga nama calon yang diberikan Najib tidak melibatkan Mukhriz.‎

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disebut-sebut sebagai bakal pengganti Mukhriz.

Najib pada sidang media itu berkata, sudah memaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno beliau menghadap pengerusi Jemaah Diraja Kedah pagi tadi.

"Saya memaklumkan  kepada majlis tertinggi bsaya sudah menghadap Pengerusi Jemaah Diraja  pada  pagi tadi dan saya  sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama pihak Umno dan perkembangan selanjutnya akan dilanjutkan," katanya.

Najib mengakui krisis menteri besar Kedah sebenarnya berlaku lebih awal namun segala tindakan diputuskan 14 ketua Umno bahagian Kedah.

"Kita dengar ada masalah tapi ini diputuskan  ketua- ketua bahagian. 14 ketua bahagian, sebagai presiden parti saya kena ambil maklum dan beri pertimbangan," katanya.

Hari ini, Mstar Online melaporkan, Najib sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri besar Kedah yang baharu ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Rabu. - TMI

rePublish Berita Terkini MalaysiaIstana Kedah tak tolak 3 nama MB baharu, kata Najib Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Istana Kedah tak tolak 3 nama MB baharu, kata Najib Reviewed by malaysiaisme on 8:38 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.