Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

[VIDEO] Kanak-kanak perempuan Diikat dan diseksa di depan ibunya

PETALING JAYA: Sebuah video yang menjadi viral memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjerit dan menangis selepas diikat kaki dan tangannya membangkitkan kemarahan netizen.
Bukan setakat diikat malah, kanak-kanak malang itu turut dilempar ke lantai dan digigit oleh seorang lelaki yang ditangannya ada memegang vape.
Berdasarkan pemerhatian pada video, kanak-kanak itu dipercayai berusia lingkungan 5 tahun dan kejadian berlaku di dalam bilik di sebuah rumah yang turut disaksikan ibu kandungnya sendiri.
Rata-rata pengguna alam maya yang telah menonton video tersebut mengutuk perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak berakal dan tidak berperikemanusiaan.
Beberapa blog turut berkongsi video tersebut dengan mendapat banyak komen di Facebook yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pendera terbabit.
Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan tidak diketahui bila dan di mana kejadian itu berlaku.
- FMT

[VIDEO] Kanak-kanak perempuan Diikat dan diseksa di depan ibunya originally from Dzariff Rayyan

[VIDEO] Kanak-kanak perempuan Diikat dan diseksa di depan ibunya Reviewed by malaysiaisme on 10:12 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.